ter Bicara Bahasa ... Cikgu Wann

Thursday, 11 April 2013

Indahnya loghat bahasa kita…

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 09:05 No comments



Indahnya loghat bahasa kita…

Kurik Kundi

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda… Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita... Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...(ateh)

Dihitung beratus beratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...

Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa

Tak boghodat.. Minum tidak bergula
Tak bobudi.. Pohon tidak berbuah
Tak boghodat.. Minum tidak bergula
Tak bobudi.. Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

( Sabah )
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya













Mari berbahasa

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 07:59 1 comment

Mari berbahasa, sebaiknya….
Bahasa itu jiwa bangsa…. Tapi tahukah anda maksud sebenar kata-kata itu… Maksudnya, bahasa (komunikasi) itu menunjukkan kita ini dari keturunan bagaimana. Dalam konteks psikologi, ianya bermaksud jika kita berkomunikasi, secara terus menunjukkan apa trait peribadi di warisi oleh kita dari keturunan (keluarga) kita.

Mari kita berbahasa, sebaiknya….
Jika bahasa anda buruk, keturunan anda juga buruk. Malah, bangsa yang di lambangkan sebagai keturunan itu, merujuk kepada peribadi ibu bapa anda jua. Anda sebenarnya menconteng arang di muka mereka, kerana bahasa.

Marilah kita berbahasa sebaiknya…
Sopanlah dalam bahasa, tak sedikitpun anda rugi, kerana bahasa anda, merujuk pada peribadi anda…

Mari berbahasa sebaiknya….


Wednesday, 13 February 2013

Tatabahasa - slideshare

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 15:37 1 comment

Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia UPSR

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 15:16 1 comment

Cerita Kanak-kanak - video

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 14:02 4 comments

Sang Kancil, Kerbau dan Buaya




kartun kancil dan kera



Budi Baik Dibalas Baik



surga dibawah telapak kaki ibu 2



Mengapa Waktu Berubah-Ubah













Lagu kanak-kanak - video

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 13:51 No comments
Selamat Pagi

Air Pasang Dalam


Gembita Tepik Tangan


Bangau Oh Bangau


Anak Rusa Nani





Sunday, 27 January 2013

Penjodoh Bilangan

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 06:36 No comments
Cuba baca dialog di bawah....

     Pada suatu pagi yang indah, di sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan sebidang sawah yang padinya sedang menguning.....
Ibu :  Siti, boleh tak Siti tolong ibu hari ini?
Siti :  Boleh, tolong apa bu?
Ibu :  Tolong belikan ibu seikat serai di Kedai Pak Leman.
Siti :  Ibu nak masak apa hari ni?
Ibu :  Rasanya ibu nak masak rendang daging. Sudah lama
         kita tak makan rendangkan?
Siti :  Wah, sedapnya. Tapi tadi Siti nampak ada sebatang
         serai  dalam peti ais. Tak bolehkah ibu gunakan serai 
         itu?
Ibu :  Boleh tetapi ibu nak masak rendang agak banyak
         kerana saudara-mara kita hendak datang ke rumah
         sempena cuti sekolah ni. Kalau kita gunakan sebatang
         serai tentulah tidak mencukupi. Jadi, jika Siti beli seikat
         serai mungkin ada beberapa batang serai dalam ikatan
         itu.
Siti :  Oh, begitu. Baiklah, ibu. Siti pergi ke kedai sekarang.
Ibu :  Berhati-hati, ya.

     Baiklah. Apakah yang kamu faham tentang dialog di atas?  Ya...tentang penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan berfungsi....
* menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal,
  perkara dan manusia.
* digunakan di hadapan kata untuk menguatkan lagi aspek
  bilangan.
* ia perlu disesuaikan dengan konteks ayat.

Cuba kamu perhatikan penggunaan penjodoh bilangan bagi perkataan durian...


     
sebiji durian




 


sepangsa durian







seulas durian







 
Cuba jawab soalan-soalan di bawah.
1. Emak mengambil _______durian untuk diberikan kepada   adik yang gemar makan buah durian.

2. Abang menjumpai ________durian yang gugur di dusun datuk.

3. Ayah meletakkan ________ durian di atas meja untuk  diberikan kepada abang apabila dia pulang dari pejabat  nanti.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan serai.....



sebatang serai

seikat serai

serumpun serai

Cuba jawab soalan-soalan di bawah.
1. Puan Maria membeli ________ serai yang dilonggokkan di atas meja semasa pergi ke pasar tani yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

2.Petang semalam, ayah menanam __________ serai di belakang rumah.

3.Ibu memasukkan _________serai ke dalam  masakannya agar berbau harum dan bertambah lazat.

*Penjodoh bilangan bagi perkataan pisang....




     sebiji pisang


     sesikat pisang


setandan pisang

Cuba jawab soalan-soalan di bawah.
1. Pak Dollah memikul ________ pisang yang dibawa dari kebun di belakang rumahnya.

2. Setiap hari, datuk akan makan _______ pisang kerana ia mengandungi banyak khasiat dan dapat membekalkan tenaga.

3. Encik Kamal membeli ________ pisang yang dijual di tepi jalan untuk dimakan semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan. 

     Inilah sebahagian daripada penggunaan penjodoh bilangan yang perlu difahami oleh semua murid. Penjodoh bilangan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ayat yang dibina. Berikut saya lampirkan beberapa buah buku yang boleh dijadikan panduan murid-murid.

Kredit : http://megawati-tatabahasabahasamalaysia.blogspot.com