Tuesday 28 May 2013

Bank Soalan Percubaan UPSR

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 18:27 1 comment

Huraian Sukatan dan Dokumen Standard

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 18:26 No comments

Rancangan Pengajaran Sekolah Rendah

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 18:22 No comments

Penghargaan

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 18:12 No comments

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, saya dapat  menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada barisan Pensyarah Matapelajaran Teknologi Maklumat Sekolah Rendah, banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. 

Daripada,
Wan Mazmah Bt Wan Ali

Lokasi Baru Pusat Program Luar UPSI

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 18:00 No comments

Aras 3, Blok 9
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

No.Telefon;
015-48117808 / 7801 (Pentadbiran)
015-48117800 / 7804 (Kewangan Pensyarah /Tutor)
05-4506932 / 6624 / 6512 (Hal-hal Akademik)
05-4506309 / 6909 (Kewangan Pelajar)
05-4506447 (MyGuru3)


1photo

Maklumat Tugasan

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 17:54 No comments


Nama
WAN MAZMAH BT WAN ALI
No. Matrik
D20121061332
Kumpulan
EL-B03 (A122PJJ)
Subjek
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan
PEMBANGUNAN BLOG P & P
Pensyarah
DR. MODI BIN LAKULU
Program
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN)

Saturday 13 April 2013

Terima Kasih

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 03:11 No comments



Lagu Semangat Menjadi Azimat...
Selamat pagi semua.. Kunantikan dirimu..
Di depan kelasmu.. Menantikan kami..
Guruku Tersayang...




Friday 12 April 2013

Memartabatkan Bahasa

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 23:59 No comments

MEMARTABATKAN BAHASA

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara.  Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden.  Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. 

Bahasa Pasar/ Basahan
Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.  Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing.  Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.  Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak).  Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka.  Akhirnya, sampai bila-bila  pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu yang betul.

Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut :
Yahya  :  Tauke, itu ikan parang,  belapa halga sekilo?
Tauke  :  Ampat belat.
Yahya  :  Kasi kulanglah, tauke.
Tauke  :  Mana boleh.  Sekalang, ikan susah lapat.
Yahya  :  Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.

KERANCUAN BAHASA

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai ” keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan.  Manakala pembakuan sebagai ” usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan).  Takrif perkataan  kesan ialah sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.
Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran “.Dr. Nik Safiah Karim ( 1986)  Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk  terhadap usaha dalam menstandardkan  bahasa Melayu.

Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan maknaBerikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu :

Salah
Betul
Ada berbagai barang di kedai itu.
Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku.
Ali dihadiahi sebuah buku.
Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali
Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.
Dia merindukan anaknya.
Ibu meniduri adik.
Dia merindui anaknya.
Ibu menidurkan adik.
Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.
Bola itu ditendang oleh saya.
Bola itu Ali tendang.
Bola itu saya tendang.
Bola itu ditendang oleh Ali.
Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak.
Saya tidak menyebelahi kedua-dua pihak.
Setengah orang suka makanan manis.
Sesetengah orang suka makanan manis.
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang.
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.
Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

Bersamalah kita memartabatkan bahasa dengan menangani kerancuan bahasa dan menggunakan bahasa Melayu yang baku.