MEMARTABATKAN BAHASA
Bahasa
ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi
cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa
sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh
tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Menurut Awang Sariyan
( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem
ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras
bahasa.
Bahasa Pasar/ Basahan
Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang
digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang
terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi
dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang
salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di
pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah
atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan
ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka.
Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar
untuk menguasai bahasa Melayu yang betul.
Lihat contoh perbualan
yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut :
Yahya : Tauke,
itu ikan parang, belapa halga sekilo?
Tauke : Ampat
belat.
Yahya :
Kasi kulanglah, tauke.
Tauke :
Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat.
Yahya :
Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.
KERANCUAN BAHASA
Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan
sebagai ” keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala
pembakuan sebagai ” usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan).
Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang
timbul daripada sesuatu kejadian.
Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa
dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk
bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran “.Dr. Nik Safiah Karim (
1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar
peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat
sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Berdasarkan pendapat di atas dapatlah
disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses
pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna
bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam menstandardkan bahasa
Melayu.
Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata
yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut
disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa
Melayu :
Salah
|
Betul
|
Ada berbagai barang
di kedai itu.
|
Ada berbagai-bagai barang
di kedai itu.
Ada pelbagai barang
di kedai itu.
|
Ali dihadiahkan sebuah
buku.
|
Ali dihadiahi sebuah
buku.
Sebuah buku dihadiahkan kepada
Ali
|
Saya menghadiahkan Salim
sebuah basikal.
|
Saya menghadiahi Salim
sebuah basikal.
Saya menghadiahkan sebuah
basikal kepada Salim.
|
Dia merindukan anaknya.
Ibu meniduri adik.
|
Dia merindui anaknya.
Ibu menidurkan adik.
|
Hakim menjatuhkan pembunuh
itu hukuman gantung.
|
Hakim menjatuhi pembunuh
itu hukuman gantung.
|
Bola itu ditendang oleh
saya.
Bola itu Ali tendang.
|
Bola itu saya tendang.
Bola itu ditendang oleh
Ali.
|
Di atas perhatian
daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
|
Atas perhatian
daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
|
Saya tidak
menyebelahi kedua belah pihak.
|
Saya tidak
menyebelahi kedua-dua pihak.
|
Setengah orang suka
makanan manis.
|
Sesetengah orang suka
makanan manis.
|
Segala sesuatu yang
dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang.
|
Segala sesuatu yang
dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.
|
Di antara yang hadir ke
majlis tersebut ialah ibu saya.
|
Antara yang hadir ke
majlis tersebut ialah ibu saya.
|
Bersamalah
kita memartabatkan bahasa dengan menangani kerancuan bahasa dan menggunakan
bahasa Melayu yang baku.
0 comments:
Post a Comment