Saturday, 13 April 2013

Terima Kasih

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 03:11 No comments



Lagu Semangat Menjadi Azimat...
Selamat pagi semua.. Kunantikan dirimu..
Di depan kelasmu.. Menantikan kami..
Guruku Tersayang...




Friday, 12 April 2013

Memartabatkan Bahasa

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 23:59 No comments

MEMARTABATKAN BAHASA

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara.  Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden.  Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. 

Bahasa Pasar/ Basahan
Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.  Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing.  Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.  Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak).  Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka.  Akhirnya, sampai bila-bila  pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu yang betul.

Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut :
Yahya  :  Tauke, itu ikan parang,  belapa halga sekilo?
Tauke  :  Ampat belat.
Yahya  :  Kasi kulanglah, tauke.
Tauke  :  Mana boleh.  Sekalang, ikan susah lapat.
Yahya  :  Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.

KERANCUAN BAHASA

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai ” keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan.  Manakala pembakuan sebagai ” usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan).  Takrif perkataan  kesan ialah sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.
Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran “.Dr. Nik Safiah Karim ( 1986)  Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk  terhadap usaha dalam menstandardkan  bahasa Melayu.

Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan maknaBerikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu :

Salah
Betul
Ada berbagai barang di kedai itu.
Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku.
Ali dihadiahi sebuah buku.
Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali
Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.
Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.
Dia merindukan anaknya.
Ibu meniduri adik.
Dia merindui anaknya.
Ibu menidurkan adik.
Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.
Bola itu ditendang oleh saya.
Bola itu Ali tendang.
Bola itu saya tendang.
Bola itu ditendang oleh Ali.
Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak.
Saya tidak menyebelahi kedua-dua pihak.
Setengah orang suka makanan manis.
Sesetengah orang suka makanan manis.
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang.
Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.
Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

Bersamalah kita memartabatkan bahasa dengan menangani kerancuan bahasa dan menggunakan bahasa Melayu yang baku.


Thursday, 11 April 2013

Indahnya loghat bahasa kita…

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 09:05 No comments



Indahnya loghat bahasa kita…

Kurik Kundi

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda… Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita... Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya

( Perak )
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...(ateh)

Dihitung beratus beratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...

( Negeri Sembilan )
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...

Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa

Tak boghodat.. Minum tidak bergula
Tak bobudi.. Pohon tidak berbuah
Tak boghodat.. Minum tidak bergula
Tak bobudi.. Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya

( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

( Sabah )
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

( Sarawak )
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya













Mari berbahasa

Posted by Wan mazmah bt Wan Ali On 07:59 1 comment

Mari berbahasa, sebaiknya….
Bahasa itu jiwa bangsa…. Tapi tahukah anda maksud sebenar kata-kata itu… Maksudnya, bahasa (komunikasi) itu menunjukkan kita ini dari keturunan bagaimana. Dalam konteks psikologi, ianya bermaksud jika kita berkomunikasi, secara terus menunjukkan apa trait peribadi di warisi oleh kita dari keturunan (keluarga) kita.

Mari kita berbahasa, sebaiknya….
Jika bahasa anda buruk, keturunan anda juga buruk. Malah, bangsa yang di lambangkan sebagai keturunan itu, merujuk kepada peribadi ibu bapa anda jua. Anda sebenarnya menconteng arang di muka mereka, kerana bahasa.

Marilah kita berbahasa sebaiknya…
Sopanlah dalam bahasa, tak sedikitpun anda rugi, kerana bahasa anda, merujuk pada peribadi anda…

Mari berbahasa sebaiknya….